About Us

BSD, Kuala Lumpur, Malaysia
Mahmood ABu bakar born 48 years ago is a son of a Police Imam in kulai johor. Was educated in johor baru and later at PUO in ipoh before advances his education to PCL, London in 1986, graduated with a B eng (hons) mecahnical and computer aided engineering and a mecahnical engineer by profession and currently a Fire & Occupational safety practicioner by training. Married with 4 beautifull childrens and lives somewhere at the end of pencala and bukit lanjan pass in KL. Loves fast cars and rock music but lately has repent. A die hard chelsea fan, even the whole family is ahelsea fan.

Saturday, September 27, 2008

Raya SAFETY

sebagaimana biasa setiap tahun masyrakat islam akan berduyun duyun memenuhi lebuhraya , jalanraya, lorong, jalan kampung, untuk beraya. dalam keseronokan menyambut hari raya ada yang seronok ada yang tak seronok untuk menyambut hari raya yang dimuliakan. dengan sebab sebab yang tertentu. semua orang akan berada atas jalanraya semalam kata nya lebih 10 juta kenderaan atas jalan raya hari ni mungkin lebih. kalau kita tengok pada percentage 1000 kemalangan berlaku diantara 10 juta kenderaan itu ciput saje tetapi hakikatnya nyawa hilang, anggota tubuh bandan hilang, harta punah ini semua tak akan dapat diganti. apa dah berlaku setiap kali musim perayaan beratus rakyat malaysia mati, tak payah perang, tak payang gempa bumi. persoalan nya mengapa ini semua berlaku. tup tup orang juga yang diperslahkan, cuai, tak bertanggung jawab bagaimana pula pungubal polisi, DOSH, JKJR, puspakom, SPA dan pakar pakar ekonomi. ini semua kalau kita lihat dengan lebih teliti semua pihak memainkan peranan. kalau ekonomi negara diagihkan secara sama rata orang kelantan tak payah berhijrah ke KL, orang kedah kerja kat kedah dan tak lah ramai sangat orang menggunakan jalanraya semasa masa masa seperti ini, jadi kurang lah risiko kemalangan.

sistem pengangkutan awam yang kurang effisien juga kena lihat dengan betul kalau ianya effisien sudah tentu orang ramai akan ada option tapi sistem penggangkutan awam kita amat menyedihkan mana tak semua orang ambil keputusan membawa kenderaan sendiri. tapi dah tentu lah kena bawa kereta sendiri sebab balik raya nak pi jalan rumah saudara mara nak naik apa. mana ada transport nak masuk parit botak, tualang sekah dan kubu gajah. transport pun ketika hari raya bas tak ada sebab driver cuti. dengan cuaca panas dan jalan tanah merah sapa nak menapak dengan baju melayu, baju kebaya kasut tumit tinggi woohhh susah punya cerita.

Bas ekspress kebanyakan nya dari jenis Volvo, Scania itu tak salah bagus lah tu tapi semua nya CC besar samapai 8000 CC boleh lari punya. tapi kalau gearing system automatik nya di lock ke tahap kelajuan yang di luluskan oleh sesiapa tak lah dia orang race bila jalan malam. itu sebab kebanyakan kemalangan bas berlaku di waktu malam atau subuh. Turbo tu mana boleh jalan slow. kadang kadang kalau nampak bas bas ni ikut kereta kita naik takut macam kereta kita tak ada kat depan tu. di flash nya lampu macam stadium shah alam terang nya..cuma bas tu tak boleh cakap aje..TEPI..TEPI.
driver dia orang ni sepatutnya kena ada training safety sebab dia orang ni bekerja memandu jadi DOSH kena lah pantau di bawah program ORH- (Occupational Road Hazard). kalu kat UK perkara seperti ni dah jadi compulsory..sebab tu jarang kita dengar express bus accident kat sana..

tapi hakikatnya keselamatan kita kena lah kita fikirkan sebab bukan untuk kita saje tetapi untuk semua orang disekeliling kita. keluarga kita, keluarga sepengguna jalan raya dan semua masyarakat MALAYSIA.. kemalangan melibatkan kerugian beribu juta ringgit, apa tak nya kalau seorang itu tidak dapat kembali bekerja majikan kena cari orang baru kena latih untuk menentukan sipolan itu dapat berfungsi untuk mengantikan orang yang akan digantikan. ini semua kos kepada negara dan kita masyarakat kena bayar sebab duit itu datang dari pembayar cukai yang bayar cukai sipa lagi kalau bukan kita semua.

akhir kata saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri, mohom ampun kepada semua yang terlibat dengan profession safety yang saya kira mempunyai tanggungjawab yang besar yang mampu mambantu negara dalam merialisasikan negara dan masyarakatnya hidup dalam keadaan selamat dan makmur.

wasalam

No comments: